Skip to main content

Kerangka Standard Guru Malaysia: Komponen

 

 


Standard Guru Malaysia mengandungi 3 komponen utama:

1.       Komponen Standard (S)

2.       Komponen Keperluan (K)

3.       Komponen Asas Penentuan Standard & Keperluan

 

Matlamat:

I.         Melahirkan Guru Malaysia yang unggul

II.       Membangunkan modal insan yang bertaraf dunia

 

Kerangka Komponen Standard Guru Malaysia


Asas Penentuan Standard dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:


a.         Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti berikut:
1.         meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
2.         meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk             minda kelas pertama
3.         menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
4.         meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup
5.         mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

b.         Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Pendidikan di Malaysias adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

c.         Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

d.         Tatasusila Profesion Keguruan


Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar.

e.         Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard-standard yang sedia ada dalam sistem pendidikan Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.


Kompenen Standard (S)

 

S1 iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan ialah standard yang memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

 Standard pengetahuan dan kefahaman, S2, memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

 S3, kemahiran pengajaran dan pembelajaran ialah standard yang memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

 

Komponen Keperluan (K)

 

K1 keperluan pertama  ialah kelayakan masuk program latihan perguruan. Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

 

K2, keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian memperincikan program latihan, sistem pemantauan, pentaksiran dan penilaian.


K3. keperluan kolaborasi  pula memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.


K4, keperluan infrastruktur dan infostruktur memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimumkan kecekapan dan keberkesanan program latihan.


 K5. keperluan jaminan kualiti  memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.


Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif dan berketerampilan.


Guru Kompeten

 

Guru kompeten ialah guru yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan guru memain peranan penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri-ciri guru kompeten ialah mempunyai kemahiran pertuturan antara murid yang bagus dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang matapelajaran yang diajar.

 

Modal Insan Unggul 

Modal insan unggul ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan kepada seseorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang.

 

Pembangunan modan insan unggul pula merupakan suatu proses bertujuan untuk melahirkan jiwa yangbertakqwa. Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Di samping itu, pembangunan modal insan unggul juga adalah pembangunan yang penuh dengan keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang ada sifat keinsafannya.


Penutup

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dala, aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.


Kongsi amalan terbaik PDPR dilaksana warga pendidik

Warga pendidik perlu bijak mengadaptasi diri bagi memastikan perkembangan pendidikan sentiasa berada di landasan betul dan relevan dengan kehendak semasa.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid berkata, situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara menuntut untuk sentiasa berfikiran kreatif serta proaktif agar tidak mudah mengalah dengan keadaan yang berlaku.

“Sehubungan itu, kita seharusnya melangkah sederap bagi memastikan segala apa yang dirancang dapat disempurnakan serta disesuaikan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Usaha ini dapat dijelmakan dari semasa ke semasa melalui penggabungan jalinan aplikasi yang menekankan aspek penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh selari dengan aspek 4.6 iaitu murid sebagai pembelajar aktif dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2),” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021, secara maya hari ini.

Konvensyen tersebut bertemakan Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, Nor Zamani berkata, amalan terbaik dihasilkan guru seharusnya dapat dimanfaatkan secara optimum dengan menyebar luas dalam pelbagai medium dan aplikasi.

Justeru, katanya, usaha Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya mengadakan konvensyen ini sangat signifikan untuk guru berkongsi segala bentuk pengetahuan, kemahiran, penyelidikan, dapatan dan inovasi yang akhirnya bukan sahaja memberi manfaat kepada murid bahkan kepada dunia pendidikan secara umumnya.

Mengulas lanjut, beliau memuji penganjuran konvensyen tersebut yang mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO).

“Usaha jalinan dan jaringan ini mampu mewujudkan kerjasama organisasi secara optimum dalam meningkatkan profesionalisme perguruan khususnya dari aspek pedagogi dan amalan terbaik PdPR untuk semua guru.

“Saya juga berharap semua guru akan mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta meningkatkan kompetensi diri,” ujarnya.

Dalam situasi seperti inilah seorang guru diuji samada mencapai Standard Guru Malaysia atau sebaliknya. Sekiranya beliau berjaya, nescaya proses pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan lancar dan segala masalah dapat diatasi dengan cemerlang olehnya.


Rujukan:

l  https://www.moe.gov.my/images/kpm/pemberitahuan/standard%20guru%20malaysia%20-%202009.pdf

l  https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/kongsi-amalan-terbaik-pdpr-dilaksana-warga-pendidik/

 

Comments

Popular posts from this blog

Profesion Guru Sebagai Kerjaya Profesional

  1. Apakah itu guru profesional? Istilah profesional guru telah diperkenalkan oleh James L. Sumter dalam bukunya pada tahun 1991, Teacher Professionalization: An International Overview. Istilah ini telah digunakan untuk menunjukkan kerjaya pendidikan yang memuaskan secara profesional dan peribadi. Ia adalah kerjaya akademik yang memerlukan tahap pengetahuan diri, motivasi diri, dan kemahiran akademik, interpersonal, intrapersonal dan profesional yang tinggi. Profesional guru yang berkesan membangun dan mengekalkan imej yang jelas tentang siapa dirinya, apa yang dia percaya tentang pengajaran, apa yang membentuk pengajaran berkualiti, apakah kemahiran dan kebolehan yang penting untuk mengajar, dan cara menggunakan kemahiran ini untuk mencapai matlamat profesion perguruan.   2. Ciri-ciri guru profesional Ia adalah kerjaya akademik yang memerlukan tahap pengetahuan diri, motivasi diri, dan kemahiran akademik, interpersonal, intrapersonal dan profesional yang tinggi. Profesional ...

Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Taib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.   Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.   Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru d...