Skip to main content

Posts

Falsafah Pendidikan Guru

  Pengenalan Pertama-tamanya eloklah jika kita memahami apa yang dimaksudkan dengan falsafah pendidikan guru itu sendiri. Menurut laman web ensaiklopedia bebas, wikipedia, falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Manakala perkataan pendidikan bermaksud usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.             Seterusnya, menurut Noor Jamaluddin (1978: 1) guru adalah pendidik, yaitu orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan individu yang sanggup berdiri sendiri. Berdasarkan...
Recent posts

Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Taib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.   Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.   Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru d...

Falsafah Pendidikan Guru sebagai teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru

  Tugas    seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran serta mempunyai keperibadian dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan yang dibentuk mestilah mempunyai  kualiti. . Konsep guru yang professional adalah guru mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan Pengetahuan: Seorang guru profesional mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pendidikan, psikologi, komunikasi ,pengurusan bilik darjah serta pengetahuan semasa. Ilmu pendidikan dan ilmu pengurusan bilikdarjah ini amat penting bagi memastikan murid dapat diurus dengan sempurna semasa prosespengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isusemasa bakal menjadikan minda guru akan sentiasa mengikut peredaran zama...

Profesion Guru Sebagai Kerjaya Profesional

  1. Apakah itu guru profesional? Istilah profesional guru telah diperkenalkan oleh James L. Sumter dalam bukunya pada tahun 1991, Teacher Professionalization: An International Overview. Istilah ini telah digunakan untuk menunjukkan kerjaya pendidikan yang memuaskan secara profesional dan peribadi. Ia adalah kerjaya akademik yang memerlukan tahap pengetahuan diri, motivasi diri, dan kemahiran akademik, interpersonal, intrapersonal dan profesional yang tinggi. Profesional guru yang berkesan membangun dan mengekalkan imej yang jelas tentang siapa dirinya, apa yang dia percaya tentang pengajaran, apa yang membentuk pengajaran berkualiti, apakah kemahiran dan kebolehan yang penting untuk mengajar, dan cara menggunakan kemahiran ini untuk mencapai matlamat profesion perguruan.   2. Ciri-ciri guru profesional Ia adalah kerjaya akademik yang memerlukan tahap pengetahuan diri, motivasi diri, dan kemahiran akademik, interpersonal, intrapersonal dan profesional yang tinggi. Profesional ...

Kerangka Standard Guru Malaysia: Komponen

    Standard Guru Malaysia mengandungi 3 komponen utama: 1.        Komponen Standard (S) 2.        Komponen Keperluan (K) 3.        Komponen Asas Penentuan Standard & Keperluan   Matlamat: I.          Melahirkan Guru Malaysia yang unggul II.        Membangunkan modal insan yang bertaraf dunia   Kerangka Komponen Standard Guru Malaysia Asas Penentuan Standard dan Keperluan Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut: a.          Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti berikut: 1.          meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi ...