Skip to main content

Falsafah Pendidikan Guru sebagai teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru

 


Tugas  seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran serta mempunyai keperibadian dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan yang dibentuk mestilah mempunyai  kualiti. . Konsep guru yang professional adalah guru mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan

Pengetahuan:

Seorang guru profesional mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pendidikan, psikologi, komunikasi ,pengurusan bilik darjah serta pengetahuan semasa. Ilmu pendidikan dan ilmu pengurusan bilikdarjah ini amat penting bagi memastikan murid dapat diurus dengan sempurna semasa prosespengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isusemasa bakal menjadikan minda guru akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersediauntuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang

Keterampilan:

Selain itu, ciri seorang guru yang professional ialah keterampilan yang baik. Seseorang guru haruslah mempunyai gaya tersendiri yang unik, berkarisma,proaktif, kreatif dan inovatif serta sentiasa menggalakkan cetusan idea untuk  melakukan pembaharuan di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Guru harus membentuk gaya yang tersendiri yang bersesuaian dengan etika sebagai seorang guru agar dapat dicontohi danditerima oleh murid. Sebagai contoh, guru sepatutnya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan lancar agar para pelajar daapat menerima input dan output Ketika proses pembelajaran.

Sahsiah:

Seterusnya, seorang guru professional mempunyai sahsiah dan akhlak yang mulia. Hal ini kerana, segala kelakuan yang hadir dalam diri guru tersebut sedikitsebanyak akan mempengaruhi kelakuan pelajar tersebut. Seeloknya sebagai seorang guruseharusnya menunjukkan sahsiah yang terpuji untuk diteladani oleh pelajar bagi melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi dan holistik .

 

Kod etika:

Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika tersendiri begitu jugalah dengan etika guru. Kod etika amat penting kepada guru  kerana  menyediakan  garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan yang mana untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Selain itu kod etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang Pendidikan

 


Persoalannya, adakah keempat-empat aspek dalam amalan-amalan guru amat penting kepada pembentukan sistem penddikan di Malaysia?

Sebagai seorang guru, keempat-empat aspek tersebut haruslah diterapkan dan dititikberatkan dalam diri kerana para pelajar memerlukan seseorang guru yang professional dan berintegriti dalam mendidik anak bangsa. Di keratan akhbar dan media di Malaysia, Malaysia telah digemparkan dengan seorang guru yang didakwa membuat lawak rogol  kepada pelajarnya sehingga membangkitkan kemarahan banyak pihak baru-baru ini. 

https://www.kosmo.com.my/2021/05/12/isu-lawak-rogol-guru-terlibat-telah-dipindahkan/

Perkara ini sewajarnya tidak berlaku dalam institusi pendidikan menyebabkan  para pelajar mengalami tekanan emosi dan mental. Selain itu, perkara yang tidak bermoral ini tersimpang jauh dari amalan=amalan guru. Rogol bukanlah jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya. 

Natijahnya, menjadi seorang guru adalah lebih daripada sekadar melaksanakan rancangan pelajaran. Guru sering membawa peranan ibu bapa pengganti, disiplin kelas, mentor, kaunselor, penjaga buku, model peranan, perancang, dan banyak peranan yang berkaitan.

Comments

Popular posts from this blog

Profesion Guru Sebagai Kerjaya Profesional

  1. Apakah itu guru profesional? Istilah profesional guru telah diperkenalkan oleh James L. Sumter dalam bukunya pada tahun 1991, Teacher Professionalization: An International Overview. Istilah ini telah digunakan untuk menunjukkan kerjaya pendidikan yang memuaskan secara profesional dan peribadi. Ia adalah kerjaya akademik yang memerlukan tahap pengetahuan diri, motivasi diri, dan kemahiran akademik, interpersonal, intrapersonal dan profesional yang tinggi. Profesional guru yang berkesan membangun dan mengekalkan imej yang jelas tentang siapa dirinya, apa yang dia percaya tentang pengajaran, apa yang membentuk pengajaran berkualiti, apakah kemahiran dan kebolehan yang penting untuk mengajar, dan cara menggunakan kemahiran ini untuk mencapai matlamat profesion perguruan.   2. Ciri-ciri guru profesional Ia adalah kerjaya akademik yang memerlukan tahap pengetahuan diri, motivasi diri, dan kemahiran akademik, interpersonal, intrapersonal dan profesional yang tinggi. Profesional ...

Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Taib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.   Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.   Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru d...

Kerangka Standard Guru Malaysia: Komponen

    Standard Guru Malaysia mengandungi 3 komponen utama: 1.        Komponen Standard (S) 2.        Komponen Keperluan (K) 3.        Komponen Asas Penentuan Standard & Keperluan   Matlamat: I.          Melahirkan Guru Malaysia yang unggul II.        Membangunkan modal insan yang bertaraf dunia   Kerangka Komponen Standard Guru Malaysia Asas Penentuan Standard dan Keperluan Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut: a.          Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti berikut: 1.          meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi ...